MY DELIVERY JOURNEY PART 2 ❤
Assalamualaikum hai korang π bertemu kembali. Since harini aku ada mood nak share my experienced first delivery journey ni so lets gooo!!!
Okay so lepas je selamat deliver, alhamdulillah esoknya aku dah bole discaj wad. So untuk 1st & 2nd day berpantang dekat rumah mertua since aku asal perak. Aku plan memang berpantang di perak. Sebab ayah aku dah tak sabar sangat buat aqiqah untuk dia so pada hari ke-2 pantang aku dah gerak balik perak. Haa kat sini la bermulanya. Salah satu sebab aku balik awal pun sebab anak aku kuning, so kalau lambat2 takut kuning dia makin naik. So kami pun gerak pada hari ke 2 tu jugak.
Pada hari esoknya, aku bawak lah anak dekat klinik kesihatan seri iskandar untuk check kuning. So untuk first check agak tinggi bacaan nye even dia level low risk which is 253=11. So KK refer hospital. So dalam pukul 2 petang tu kami gerak ke hospital untuk check kuning dia sekali lagi. Baby kalau check kuning dekat hospital memang kesian sebab diaorg amik direct guna jarum, kesian tengok menjerit jerit baby nanges dengan tangan dia lebam2π. Lepas tunggu 2jam lebih kurang dapatlah result kuning my doter. Bacaan dia is 267 so kene warded la. Mula2 ingat warded tu senang la anak bole pakai baju ape semua rupanya anak kene pakai pampers je. Pastu pakai penutup mata n duduk bawah lampu. Allah untuk first time seksanye lahaiii, yela baby kene bogelkan dia comfirm sejuk, bila sejuk dia akan terkejut then jadi nanges je. Kita yang dalam pantang ni memang challenging sangat2. Kebetulan pulak aku 3rd degree wound (luka). Masa warded haritu aku dengan ank aku sorang je admitted. So memang sepanjang malam aku pasang ayat al-quran since anak aku tak selesa bawah lampu dia nanges je. Malam tu, aku rasa sakit sangat kat tempat jahit tu sampai nak jalan pun seksa. So aku pun bagitau la dekat mak aku so malam tu jugak dia drive datang hospital dengan harapan nak ubatkan lah. End up tak boleh, ada sorang nurse ni kerek nak mampos so dia tak bagi, nurse ni kata "ehh takpe dia boleh ubat sendiri" the hell??!! ππ. So lepas je my mom balik nurse tu jumpa aku tanya pasal luka. Dia pun check la luka aku. Kulit aku ni macam tauhu so dia jahitan tu jadi pecah2.
Esok pagi seawal jam 7 lagi nurse dah bawak mandi and amik darah untuk check kuning lagi. So lepas tu nurse check luka aku pulak. So check2 nurse kata "ehh luka awak ni macam kena jahit balik." Oh god, sumpah time ni aku dah bapak cuak πππ sister tu pun panggil Doktor untuk sahkan betul x kena jahit lagi sekali. And yes doktor kata perlu jahit sekali lagi since ada jahitan yang dah terbuka. Dalam hati aku, Allah mati akuπ☠. So aku pun kne tolak masuk LR depa untuk tukar kain. Kebetulan sister yang jahit aku balik tu isteri cikgu aku masa sekolah rendah so aku kenal lah and dia pun kenal aku. First nak jahit depa bagi injection sekali kat bawah tu, sakit oii meraung akuπ. Ingat lepas dapat inject tu okay ke hello??? Tak ye macam x function dia bagi inject. Dia start jahit je Allah je tahu macam mana aku meraung sakit nye jahitan lama di buka jahit yang baru. Allah seksa wehhhhπππππ bila ingat balik sumpah rasa tak nak beranak. Hampir semua jahitan lama dibuka dan jahit baru. So dalam LR tu 2 jam lebih kurang. Lepas dah siap jahit tu, memang menggigil aku nak jalan. And guess what dah seminggu jahitan pun still x jalan tapi aku guna kerusi roda je untuk pergi klinik bawak anak aku check kuning. Alhamdulillah dapat keluar wad jugak akhirnya. So otw balik dari hospital tu aku terus soh laki aku pegi farmasi beli air garam and krim rawat luka bersalin. Okay untuk sharing session barang2 berpantang and rawat luka aku tulis untuk next entri. Okay ni gambar anak aku kene warded kuning haritu π
Ingatkan lepas keluar wad dah selamat lah anak pun akan turun kuning apa semua. Tapi tak...π selang beberapa hari anak aku kena warded sekali lagi sebab kuning dia naik semula. Tapi second warded ni dah pandai la sikit berbanding first masuk. Air susu aku lambat turun so maybe sebab tu bacaan kuning dia tak turun2. Macam biasa esok pagi depa bwk anak aku mandi and amik darah untuk check kuning. So lps tu check luka ibu and alhamdulillah luka dah makin membaik even yang pecah2 tu still ada. Tapi memang aku kepit sekepitnya sampai aku pulak jadi melecet dekat celah kelangkang ni. Tapi luka memang katup rapat la. Dia tak terbuka jahitan nya. So alhamdulillah luka aku tinggal di pangkal and kesan melecet sahaja yang tinggal. Yang lain dah selamat bercantum. So short story, pada umur dia yang ke 18 hari baru lah discaj from KK untuk check jaundice since bacaan jaundice dia dah 113=6.6. So datang untuk cucuk sebeulan jela. So setakat ini saje lah story nya. Aku akan buat sharing story untuk barang2 berpantang and untuk luka bersalin pulak nanti. Okay selamat menelaah and thank you for reading my storyπ₯°
Comments
Post a Comment