MY DELIVERY JOURNEY PART 1❤

 Assalamualaikum hai gaiss 😘 ya Allah berhabuk serta berhantu blog gue ni. Last update tahun lepas sebelum sis kawen dulu. Anyway iols dah kawen, tahun lepas sis kawen 21/6/2019. Okay tgk lah gambar2 kawen sis ni ye sebelum iols go through the real story👇




Ok dah2. Sebenarnya iols nak cerita pasal pengalaman bersalin puteri sulung kami. Okay lets start! 🤗 

Iols bersalin haritu dekat Hospital Kajang. Alhamdulillah hospital kajang sgt2 best even hospital lama and underated. Tapi so far first experienced iols the goverment hospital. How they treat their patients so satisfied. Doktor2 sana sangat membantu. Okay on my first pregnancy iols kena GDM. So on 38weeks pregnancy iols dah kene serah diri utk induce 😭.

Pengalaman induce Allah je tahu macam mana. So, first day admit is pukul 8 pagi 19/8/2020 (Rabu)

Hari first tu xde ape la sangat bosan je and neves tengok lepas sorang2 beranak huhuhu. First night aku kat wad, ada sorang akak ni dia induce jugak tapi masa tu dah 2x induce. Kesian gile aku tgk sebab baru 3cm tapi masa tu dah malam and 2nd induce pulak tu. Sape2 yang induce doktor akan proceed sampai 3x je maksimum. Once 2nd induce dah 4cm depa terus tolak LR. Lepastu, akak tu dok tahan sakit and nak cepatkan bukaan dalam sakit2 tu dia pegi round wad. Aku yang tengok pulak seram🤣 pastu dalam pukul 1pm tak silap air ketuban dia pecah and dan2 time tu bukaan dia terus jadi 6cm. Kelam kabut tolak LR. Ni lah wad aku kat hospital kajang 👇


Esoknya 20/8/2020, turn iols pulak kena induce. Okay sebelum induce dia akan check VE (seluk jalan) dulu. Takde pengalaman la katakan sakit oii🥴 yela laluan firm lagi la katakan. Lepas 1st induce dia akan monitor sekali lagi pukul 2 petang utk 2nd induce. So, 1st induce baru buka 2cm. 1st induce masuk je ubat 30 minit terus rasa sakit rasa nk patah juga pinggang. Untuk 2nd induce doktor tolong bukak kan jalan. Tu satu hal, sakit oii dia pulas2😭 masuk je 2nd induce sakit dia makin menggila. Sampai iols tak tahan then minta ubat tahan sakit. Serius dah rasa nak nanges je masa tu. Sebelum dapat ubat tahan sakit, kene check VE dulu. So serah jela diri untuk check VE, so still 2cm. Then, dah buat ctg and VE Dr pun proceed ubat tahan sakit. Alhamdulillah..baru kurang rasa sakit and bole tido dengan aman. Pastu pukul 8pm macam tu Dr buat VE sekali lagi untuk tengok progres 2nd induce. Mula2 seluk Dr kata dah buka 4cm and time tu dah rasa happy dah la sebab nak kene pg LR🤸‍♂️ tapi tak 😔 seluk sekali lagi bukaan baru 3.5cm la lebih kurang so depa kata esok pagi check VE lagi kita tengok macam mana.

So, esok pagi 21/8/2020 (Jumaat) pukul 7 pagi sekali lagi Dr check VE. Alhamdulillah dah 4cm 🤸‍♂️ yak yak yeyyy!!! Pegi LR. Cehh fikir best je time tu padahal x bygkan macam mana sakit nak beranak the real one 🤭. Lepas sarapan iols pun kena pegi LR. Tapi sebelum tu sempat jumpa hubby dulu minta maaf, minta doa supaya segalanya dipermudahkan. Tak sempat pun drama air mata hehehhe 😂. So, masuk2 je LR iols nampak ada 2..3 bilik. Mula2 speechless gak sbb fikir ehh kat bilik ni ke aku kene beranak🤣 sebab penghadang dia macam playwood je. So org sebelah beranak pun aku dengar 🤣. So iols dapat bilik no 1. Masuk lah and baring la macam biasa. Tepi2 dinding tu ada ayat2 quran, zikir doa nabi yunus. And chart bukaan. Dalam 5 mnt macam tu Dr pun datang pasang CTG, masukkan tiub kencing sebab aku tak kencing lepas makan pagi tadi and pecahkan air ketuban. Iols ni memang penakut bab2 seluk menyeluk ni so masuk tiub kencing pun aku menggelupur ye 😅. Nak pecahkan air ketuban ape tah lagi kahkahkah🤣. Pastu bila dah selesai semua Dr masukkan drip bagi kuat contraction. So time tu lah aku rasa macam bertarung nyawa sgt2. Memang berbeza rasa sakit induce dengan sakit contraction ni. Oh ye aku lupa nak bagi tau depa ada bagi juga ubat tahan sakit tapi langsung tak function sebab depa bagi awl sangat habis je ubat tahan sakit tu pergh menggulung iols sakit tahan contraction tu. Depa dok kata kalau sakit sedut gas enthonox tu tapi hampeh gas tu pun tak function sakit contraction tu 1000x sakit. Masa iols dah sakit sgt tu sampai merayu rayu la aku kat depa minta tolong. HO yang incas masa tu lelaki masa iols sakit tu dah capai2 dah tangan dia hahahha🤣 jenuh dia lari2kan tangan dia. Masa tu dah 3 jam tahan sakit. Sebab dia tengok aku sakit sgt dia pun check VE. Check2 je hah kau 7cm!!! Time dia seluk tu aku dah x fikir apa dah oii sakit nak bersalin lagi dahsyat dari seluk. So sambung la menahan sakit sampai la part iols dah rasa nak meneran sangat setiap 5 minit fuh seksa oii😖. Mula2 Dr yang check VE tu kata lambat lagi sbb aku baru 7cm so dia estimate bukaan full dalam pukul 4. Sempat aku cakap lama nye doktor😭 🤣 gelak doktor tu bila aku kata macam tu. Tapi alhamdulillah dengan izin Allah dalam masa 2 jam, lebih kurang pukul 2.40 something kot bukaan dah full kepala baby dah nampak. Tu pun masa aku dah merayu kat midwife untuk check VE. Kelam kabut semua doktor and midwife datang jadi pompom girls. That time nasib baik iols x sedut gas n banyak tenaga lagi nak teran. 4x teran alhamdulillah tepat 2.52 petang keluar lah seorang baby girl 🥰 seberat 2.69kg. 

Lepas selesai tu rasa macam lega sangat2. Tapi iols kene 3rd degree luka episiotomy. Orang kata time dah sakit tu dah tak kira dah ilmu pernafasan ke bontot kat bawah ke dah terlupa pun masa tu. Apa2 pun rasa syukur dan gembira sgt semuanya selamat. Okaylah next entri iols cerita delivery journey part 2 pulek yang lebih extream hahaha. Okay this is my pwincess 🥰



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 1

Kenapa Aku Keluar Palapes

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 2