PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 1

Hai semua... lama betul aku tak beradu dekat sini. So lepas pergi sabah haritu aku habiskan degree then sekaran aku Alhamdulillah dah kerja. Aku dah 4 bulan kerja as admin executive. So sepanjang 4 bulan kerja ni macam-macam aku lalui, rasai. Agak-agak lebih kepada suka ke duka? haa ni yang aku story dekat sini. Sebenarnya sepanjang aku kerja as Admin Executive dekat situ aku rasa terseksa jiwa raga. Nama company biarlah aku rahsiakan. Company terletak di Teras Jernang, Bangi haa pandai2 lah korang search apa. Mula-mula kerja aku rasa ok lagi rasa best sebab pukul 6 dah balik. Tapi lama kelamaan macam-macam jadi bila adanya 3 orang bos yang handle 1 company yang cuma ada 6 orang pekerja dan sekarang dah tinggal 3 orang weh!!. Can you all imagine that?? Ok kita mula cerita eh...

Cerita 1:
Sebelum nya ni pekerja ada 6 orang, (Installer-3, Admin-1, Customer Service-2, Projek Manager-1). Al-kisahnya bila team2 installer ni pergi pasang wallpaper and vinyl banyaklah kerosakkan yang berlaku selepas pemasangan tu. Bulan pertama bagi muka lagi, bulan kedua bagi lagi sampai bulan ke-3 bos2 ni terus bengang dgn team installer. Salah sorang installer ni pulak nama dia Amir (bukan nama sebenar)jenis melawan sikit orangnya. Aku ringkaskan cerita company aku ni dah pending bayar KWSP around 4 month dah. Team installer ni ade pg buat pemasangan vinyl di rumah salah sorang bos aku ni dekat2 Bandar Enstek tu. Lepas tu dia ni pasang vinyl macam taik la bahasa kasar nye, tak plaster dulu main pasang je. Lepas tu hangin macam kena rasuk la bos aku tu dalam group. Lepas tu budak tu dah mengaku dan minta maaf atas kesalahan dia. Tapi bos aku ni kata dia buat kerja memang tak pernah elok lah lebih kurang ayat dia. Lepas tu budak tu macam pertahankan jugak member dia yang lain sebab tu atas kesalahan dia bukan semua. Lepas tu datang la sorang bos lagi ni menemplak budak tu. Jadi sebabkan bengang dengan si bos yang sorang ni, dia balas dengan kes KWSP tuh. Kebetulan pulak budak ni memang potong KWSP. Bos alim kucing ni pun hangin dan telah bagi amaran untuk "tegur" by surat. Budak ni dulu dah pernanh dapat  warning letter sebab 3x tak datang tanpa sebab. Actually sebab nya tertidur je🙄 tapi sebab kes dia melawan tu si bos ni arahkan aku untuk tukar semua warning letter kepada 1 kesalahan untuk 1 warning letter. Korang rase si ustad ni macam mana haa...gila tak gila. So di fired la budak ni tgh bulan 3 haritu. Beberapa hari lepas tu, sorang lagi installer resign. Jadi, tinggallah kami ber-4 je😭

Cerita 2:
Dah ber-4 kami. Mula2 jalani hidup okay je smooth.. tapi tibe2 kawan aku Amani (BUKAN NAMA SEBENAR) as CS kene turunkan gaji. Dari 1500-1100. Alasan sebab budak ni tak perform close sales. Kalau korang jadi dia apa korang rasa, dah la dah kahwin hmmm. Lepas tu, okay jalani lah kerja dengan skop kerja di kurangkan dengan gaji RM1100 tuh. Pum Pam Pum Pam, minggu lepas company aku ade lancarkan 1 promo tau. Bila dah lancarkan promo tu tak capai target. So, semalam si Bos alim tu datang lah ke Bangi join sekali meeting beso semalam tu. Member ku tu memang dah rasa nak resign sebab dah tak syok kerja situ. dia selalu kena marah apa semua. Pastu dia pun dah plan nak bagitahu resign. Bos-bos tu pun seronok lah. Dalam surat resign member aku tulis nak resign pada hujung bulan ni tapi tadi si bos alim ni jumpa dia bagitahu pasal resign tu. Kalau dia nak gaji untuk bulan ni dia kena resign notis sebulan (ikut tarikh surat resign).Lagi satu bos alim ni kata dia datang sini kalini pun memang sebab nak fired kan si member aku ni pun. Tengok la perangai nama je alim 😠. Kesian kawan aku tu. Sebenarnya dia lack of support. Bahagian sales macam dia memang kena moral support from management bukan marah2 dan downkan orang.

Cerita aku pulak hmmm aku rasa macam aku ni baik sangat weh😢 kerja apa je aku tak buat semua aku buat. Lepas tu aku yang stress sendiri hmmmm...Lepas tu tadi aku nak apply cuti berganti tau. Bos alim ni pun review la cuti aku. Lepas tu dia tak approve. Tak bagi sebab 1-salah tarikh cuti berganti, 2-sebab aku tak bagitahu awal2 lps tu terus nak apply cuti je🤦 then kalau korang nak tahu pasal aku bagitahu lambat tu je dia nak bagi aku warning letter?!!! Kepala hotak la dia!! memang aku pertikai la kenapa nak bagi warning letter padahal aku bukan songlap duit syarikat ke?, tipu MC ke ape ke. Aku kata aku rela cuti kene reject kalau nak bg aku warning letter sebab benda ni. STUPID ACTION!!! Pastu dia kata aku banyak minta cuti padahal aku cuti berganti kot bukan cuti tahunan ke ape. Cuti tahunan aku nak ambil masa aku kahwin bulan 6 nanti. Tu pun dia bising pundek. 

So, itulah luahan hati aku. sekarang aku tengah cari kerja secepat mungkin. Tak tahan ada majikan macam tu. Pergunakan pekerja. Gaji dah la ciput. Rules banyak nak mati. Tau buat kerja dia je semua. Okay korang doakan aku ye semoga aku dapat kerja lain tu secepat mungkin. Amin Insyaallah🙂

Comments

  1. boleh saya tahu, kerja admin executive ni macam mana ? this is okay ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Aku Keluar Palapes

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 2