PENGALAMAN 7 HARI PERCUTIAN DI SABAH PART 2
Assalamualaikum holla korang, okay sekarang muny nak sambung share pengalaman dengan korang ke Sabah.
Hari ke-4:
So untuk hari ke 4 nih kami pergi snorkellig di 3 Pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamnutik. Okay, datang sabah korang wajib pergi 3 pulau ni okay. Tips okay kena bijak pilih pakej snorkelling yang murah eh sbb kalau bukan luck korang bole dapat mahal. So, beware. So untuk Snorkelling ni muny amik dengan Encik Haris. Pakcik ni sgt friendly dan best services dia. Muny dapat harga untuk 3 pulau + lawatan sekolah terapung (Pulau gaya)= Rm60 seorang. I think this is okay tak tau laa kalau korg ade dpt yang lagi murah. Actually, Pulau ni korang bole pilih either nk pergi 3 pulau, 2 pulau or 1 pulau je..dah datang jauh2 enn amik jela 3 pulau. Okay so Pulau first kami pergi Pulau Sapi. Suka muny igt kan korang dekat sini, setiap pulau sebenarnye kene bayar untuk masuk. Rm5 untuk seorang..tapi takan lah nak bayar untuk 3 pulau rm5 en dah lah dah bayar pakej sampai rm60 then nak tekan kat pintu masuk lagi...so saranan muny korang pandai2 la buat helah jalan ramai2 dgn tourist lain ke agak2 org kaunter tuh xnampak korang blah jela selagi mana x kantoi..huhuhu..ni bukan nak ajar menipu tapi realiti😆. Okay sambung, dekat Pulau Sapi ni best sebab ikan dia banyak gile😍 korang bawak la kamera air untuk rakam moment korang bersama ikan2 tew😙 Next, kami pergi pulau Manukan..okay kat sini best taman dia lawa untuk posing2 tapi yang x best air dia kotor sikit dengan x banyak ikan..Last is Pulau Mamutik. This pulau paling best daripada 2 pulau nih. sebab ada coral dan lagi banyak ikan. Siap ada ikan nemo and friend lagi. hehehehe. Untuk tempat coral tu korang pg snorkel pantai belah kiri kalau dari jalan masuk. Korang akan rase xnk balik hahaha. Okay satu lagi, before korang gerak make sure korang bawak bekalan makan tengahari di pulau sebab harga makanan dia hanya mampu berzikir jak.😂
Di jeti jesselton point sabah |
Before gerak ke Pulau selfie la dulu hehehe |
Gigih sis nak selfie dalam air 😄 |
Antara gambar ikan yang sempat tangkap hahaha |
Disini saya sertakan no Contact Encik Haris. So, kalau korang rasa berminat boleh lah roger encik haris nih👍
Pakej Snorkelling :
Encik Haris : 016-8705304
Hari ke-5 :
Jadi untuk hari2 terakhir di sabah nih muny pusing2 KK jak. So sepanjang di KK muny pilih untuk naik UBER je. Serius senang je nak pg mana2 murah2 pun murah. .kadang2 kalau ada promo code bole dapat free hehehehe.. So, seterusnya muny pergi melawat ke Lok Kawi wildlife. Rating yang muny bole bagi 5 out of 10. Okay lah xde la bosan sangat. Just nice kalau nak santai2. Cuma binatang dia xdelah banyak macam kat zoo negara atau zoo taiping. Muny suggest korang bawak air mineral ye sebab jalan dia berbukit so korang akan penat berjalan sikit. Then, untuk kesini muny sarankan korg pergi awal pagi dalam pukul 9 mcm tu sebab masa ni haiwan2 tu otw nak bagi makan so dapat lah korang tgk macam mana diorang diberi makanan. And korang jugak bole tgk animal show...xdelah korang datang just tgk binatang xde entertainmnt huhuhu. Atau, kalau korang ada bajet lebih atau berkumpulan muny suggest korang melawat mari2 culture village. Kat situ korang bole tahu macam2 budaya dan etnik orang sabah. Muny xpegi sebab dh kureng duit 😅 sebab harga tiket nak masuk dia agak pricey sikit. So kalau nak pergi sana korang kene bawak geng baru murah atau korang boleh check it out sendiri harga tiket dia dia internet. Next, muny teruskan lagi aktviti di KK dengan shopping lerr...Untuk Shopping korang bole pg ke Pasar Kraftangan. Kat sini korang kena pandai tawar menawar sikit. Tips: Cari peniaga yang approach awak dulu ye✌. Next,untuk korang bawak makanan dari sabah korang boleh beli keropok amplang. Keropok ni fav muny betul.Paling sedap amplang sotong😋 yang ni korang boleh borong dekat Pasar Filipina. Sebelah je dengan Pasar Kraftangan tu.
Di amphiteater |
Bersama Jimmy hehehe |
Bersama Sara |
Bersama the little mega sweetheart. |
Hari ke-6 :
Okay so,sampai lah sudah hari pulang ke tanah air...overall from the trip sangat puas hati. Cuma masih masih banyak lagi tempat yang xdapat nak explore macam naik paragliding dekat bukit kokol, mari2 culture, pergi pulau di Semporna, pergi pusat conservation orang utan sepilok di sandakan dan banyak lagi. Ada rezeki insyaallah kesini lagi. Muny harap dengan perkongsian nih akan bagi manfaat dekat korang okay👍 Untuk pertanyaan korang bole komen je insyaallah muny akan reply💕.
Lots of Love,
Muny
Comments
Post a Comment