PENGALAMAN 7 HARI PERCUTIAN DI SABAH PART 1

Assalamualaikum korang ๐Ÿ˜Š okay harini muny nak kongsikan trip 7 hari percutian ke sabah✌. Seperti yang kita tahu Sabah ni memamng terkenal dengan pulau-pulau yang cantik serta tempat2 yang menarik. Selain itu, Sabah juga terkenal dengan perhiasan mutiara dan juga permata atau lebih dikenali sebagai ration diamod (mak2 korang mana yang kaki mas tu mesti tau punya hehehe๐Ÿ˜€). Perjalanan ke sabah ni muny tak amik tambang tiket murah muny apply tiket malaysia airline. So agak pricey la sikit. okay cukup untuk intro okay.

Hari 1 :


hari pertama muny  betolak naik bas dari perak ke tbs untuk ke KLIA. kemudian pada pukul 10:30 am macam tu kami check in luggage then terus check in ke perlepasan domestik. Okay untuk makluman korang, untuk pergi ke Sabah korang perlu bawa samada passport atau ic je sebab nanti di kastam sabah diaorg akan bagi satu pass masuk sementara. kalau pakai passport maybe dia cop atau klip je kat passport. So, either one la..and pengetahuan korang jugak sape yang travel naik mas airline ni diaorg mmg selalu tukar flight last minute. so korang just pergi ke kaunter pertukaran je untuk tukar tiket baru. Maybe untuk domestik je kot dia macam nih huhuhu tapi overall ok je naik mas airline. Best sebab luggage dia free up to 30KG so tak perlu risau untuk shopping banyak kay.๐Ÿ˜† So, lepas kami sampai di KK muny check in di hotel Iskandar. Okay lokasi dia sgt strategik dan best..turun2 je hotel terus pasar malam kg air. Untuk harga hotel pun murah je muny dapat, semalam rm75, and hotel pun thorbaekkkk kate ko!๐Ÿ˜‚. Then, untuk dinner pulak muny gerak ke pasar malam seafood waterfront. Ini wajib korang pegi tau kalau sampai Sabah ni, korang akan terpegun sbb diaorg akan berebut approach kita utk makan seafood dkt gerai dyeorg. dan jgn terkejut juga kalau seafood dyeorg 100g rm3.๐Ÿ’ช 


Hari 2:

So, untuk hari ke-2 kami bertolak ke Kundasang. Untuk ke Kundasang ni muny pilih untuk drive sndri je sebab nak berjalan kesana kesini senang. Bagi yang nak naik kenderaan awam pun ada macam bas atau teksi. Kalau teksi tu untuk sekali trip ke Kundasang rm20 je. Bas soryy eh i x explore hahahah. Ok kat sabah ni korang jgn terkejut laa kalau korang makan kat kedai tepi jalan pun mahal huhuhu. Pendek kata kos sara hidup di sabah ni agak mahal berbanding di semenanjung. okay untuk sewa kereta pulak saya ambil dengan encik zainul. Muny sewa 3 hari dapat rm240 which is rm80 untuk sehari. So, quite murah berbanding yg lain sehari rm120. Muny request kereta myvi tapi dapat saga Flx so okay laa enn huhuhu. Untuk no kereta sewa ni nanti muny bg kat next post okay. okay utk destinasi pertama muny pergi ke rumah terbalik. So, harga untuk masuk kat sini pemegang mykad Rm10 seorang. So korang bole selfie puas2 kat dalam galeri tu tapi tak dibenarkan selfie di dalam rumah okay๐Ÿ˜‹. 

No contact kereta sewa:
Encik Zainul: 017-9611809


Di rumah terbalik

next, selepas melawat ke rumah terbalik, kita pergi ke jambatan temparuli. Okay jambatan nih, sebenarnye laluan ke kundasang so muny tak sempat nak amik gambar lagipun tgh drive enn.So korg boleh google je mcm mne jambatan temparuli tuh. Perjalanan ke Kundasang dalam 2 jam je. So dalam pukul 2:30 petang kami sampai di homestay. okay nak cerita sikit psl homestay nih. Homestay yg muny stay nih sgt2 murah dan best cuma agak susah nak cari sebab dia kat cerun bukit. sejuk dia kalau malam tu perghhh jgn dikenang๐Ÿ˜„. 

Kinabalu valley homestay


muny stay disini hanya semalam je booking di laman web booking.com, so dapat lah rm35 semalam. sangat sesuai untuk yang berkeluarga mahupun berkumpulan.Homestay nih ada sediakan dapur untuk masak so sgt sng untuk korang nak masak beli sayur dekat pasar tamu tu masak fresh2 lagi huhuhu. Seterusnya, destinasi kedua kami melawat ke Desa Dairy Farm. Tempat ni wajib datang kalau dah smpai kundasang ok. Rugi kalau x pegi. Perjalanan ke sana ambil masa 30-40 mnt. Untuk bayaran kesana RM6 seorang. Disini korang bukan sje boleh bagi lembu2 ni makan, dapat makan aiskrim,tapi korang akan dapat permandangan yang sgt cantik. Acah2 new zealand la sikit ๐Ÿ˜.

Desa Dairy Farm
Antara permandangan di Desa Dairy Farm
 Pengalaman memberi makanan untuk anak lembu 

Jangan lupa untuk rasai Gelato disini okay๐Ÿ’ž

So, next destinasi ialah Pasar Tamu. Kat sini sape yang nak beli buah-buahan or sayuran nak bole beli kat sini sbb murah dan fresh2 okay. Sebab muny makan beli je so beli buah jela hahaha. Gambar di pasar tamu muny x sempat nak posing sbb masing2 dah penat hahhaa.


Hari 3:


Untuk hari ke-3 kami teruskan lagi perjalanan kami ke Arnab Village. Ok tempat nih sgt sesuai untuk terapi korang stress ehh. Ini kerana korang akan stress bile korang nak kesini hahaha jalan dia subhanallah boleh bawa gaduh k. Tapi gaduh tuh hilang bile jumpa dengan arnab2 ni. Tiket masuk dia Rm3 seorang. So nanti kat tepi jual tiket ada kaunter jual makanan arnab. sepeket Rm2. Arnab dia sgt2 jinak best sgt pegang sebab comel je.

Bergambar dengan arnab 


Sesi bagi arnab makan

Seterusnya, muny teruskan perjalanan ke Sabah Tea Valley. Kat sini area Ranau jadi amik masa dalam 1 jam jugak perjalanan. Dekat sini tak sejuk sgt heheheh... so tak payah pakai baju sejuk ok. So sampai sini korang bole fefeeling posing kat ladang teh dia. owh yess jgn lupa untuk cuba rasa tea sabah ok. sebab teh sabah dia ada rasa lain sikit dgn teh kita di cameron tu. Muny rekemen try minum teh tarik sabah pandan. Rasa dia mmg cenggini๐Ÿ‘. selepas lawat ladang teh sabah kami singgah makan tengahari di Nalapak Point. Ok kat sini agak susah cari makanan halal sebab kiri kanan hutan so Nalapak point nih around 2km je dari Teh Sabah valley nih. Harga mur2 jela okay laa huhuhu. Next, kami melawat ke Tagal Fish Spa. korang pernah tak swimmming nak pegang ikan tp ikan lari, haa kat sini lah paling bagus untuk rawat hati korang yang duka lara tu hahahaha.Ikan dia sangat2 jinak daripda sekecik-kecik ikan sampai ke besar2 ikan weh!!... Nanti bile korang bayar tiket masuk korang jgn buang tiket ehh sbb sebelum nak masuk tiket tuh korang kene tunjuk tiket utk diberi no giliran. Okay Muny syorkan korang masuk rendam kaki je kay tak perlu nak rendam satu badan sebb harga lain2 ok. Kat sana jugak ada jual makanan ikan satu paket Rm0.20 sen je. So bole beli byk2 bagi ikan2 tu makan.

terbang jangan x terbang ๐Ÿ˜

Minum dulu ✌
Muka eksaited sebab first time dpt pegang ikan๐Ÿ˜

Ampunkan muka i yg x senonoh tu ehh. Geli sebenarnye ๐Ÿ˜…

Then, selepas penat berjalan kami terus check-in Ranau Backpackers hostel. Okay gaiss hostel mmg superb sgt. Bilik selesa dan staff yang peramah gile. korang bole booking dekat booking.com. Masa aku pegi haritu semalam rm80 tapi ni aku tgk dah murah weh Rm56 je semalam. So, esoknya kami bertolak ke KK balik. Okay Muny nak suggestkan korang untuk pegi Mesilou Strawberry Farm. Kat sini korang bole petik strawberry tu sndri je and dgr citer nye strawberry dia manis dan besar. Sekarang under maintenance untuk penanaman semula buah. So muny suggest korang keep tgk FB dyeorg Mesilou Strawberry untuk maklumat terbaru.

Hari Ke-3:

Seterusnya kami bertolak pulang ke Kota Kinabalu. Tapi sebelum tu kami singgah kat satu port amik gambar best.. 

Gonna miss Kundasang so much ๐Ÿ˜ข๐Ÿ’•
okay, nanti muny sambung untuk part 2 okay. Stay tune dan jangan lupa follow muny punya cerita okay.


lots of love,
Muny 















Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 1

Kenapa Aku Keluar Palapes

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 2