Musibah yang tak disangka

Assalamualaikum semua.. saya lagi disini...hmm..

kalini nak luahkan perasaan mengenai musibah yang tak aku sangka-sangka.

pada 25hb yang lepas family aku pergi bercuti ke morocco dan spain. ayah yang bawak. Kami dah bagitau dah tak payah pergi sebab ayah aku ni dia ada sakit buah pinggang disebabkan diabetes dia. Ayah aku makan ubat lebih 30 tahun untuk bertahan dengan kencing manis dia nih. Jadi dia sepatutnya dah kena buat dialisis tapi degil sangat nak buat sebab dia nak tunggu pergi jalan nih. Katanye last dia pergi jalan sebab nanti kalau dah buat dialisis tak bole berjalan dah. Kami pun ye kan jela sebab passion dia kan. Masa  nak pergi tu dia mmg dah sakit sikit dah sebab badan dia dah membengkak dan kerap tido. Sampai aku driv sebelah masuk je kereta dia mesti tido. Hari nak pergi tu aku sempat cium peluk dia. Kelam kabut pergi sebab dah lambat sangat sampai org bas marah. Sampai je kat sane hari pertama dia ok lagi bole makan berjalan ape sume. tapi masuk hari ke-2 dia dah mula sakit teruk..menggigil, tak lalu nak makan,tak bole cakap sampai nak buat ape2 pun kene papah n mak aku yang buat kan. Masa nih mmg tawakkal je utk sampai ke 6hb utk flight balik dyeorg. Tapi Allah tu maha mengetahui dan bijaksana. Dia aturkan cukup cantik. Nak dijadikan cerita ayah aku sesak nafas dn tak sdar masa malam last di hotel tu. Malam tu juga ambulance pick up ke hospital. Ayah aku di masukan ke ICU kerana kritikal. serta merta tebuk tengkuk utk buat dialisis. Sebab kes ayah aku kritikal jadi tak bole nak buat dekat hospital kerajaan dyeorg. kene buat dekat swasta. Nama lagi swasta memang la tip to toe dyeorg servis kau. tpi no money no treatment lah hahahha. Alhamdulillah ayah umi diklilingi dengan org yang baik2. Sepanjang kat sane tour guide dyeorg student malaysia. Dyeorg lah yah banyak bantu umi ayah aku kat sane. Dahulukan duit diaorg utk dialisis ayah aku. Untuk bayaran bill pihak hospital dah amik 10K dulu balance adik akn transfer dari malaysia lepas setel buat payment kad kredit. Untuk update terkini, Dr kata buah pinggang ayah rosak sepenuhnya.๐Ÿ˜ข sekarang ayah aku bergantung sepenuhnya dengan mesin darah untuk pulih kan darah dia yang penuh toksin. Kedutaan Malayisia dah melawat td. Ayah kne stay sana sekurang-kurangnya 3 minggu๐Ÿ˜ข.So, bila dah lama pembiayaan comfirm la mahal swasta kan, so total untuk perubatan semua rm47K ye.๐Ÿ˜ž hasil perbincangan tadi, ayah dibenarkan balik jika dia dah stabil and darah dah ok sikit. Link dgn hospital malaysia pick up dekat airport tu je cara terakhir. hmmm... rindu weh rindu sgt nak jumpa ayah dengan umi. Jadi ape2 rse macam gelap dunia nih. Jadi korang yang baca blog aku nih tolong doakan utk kesihatan ayah aku dan dipermudahkan urusan balik ye.๐Ÿ˜ข sekian. tutp salam.

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 1

Kenapa Aku Keluar Palapes

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 2