ULASAN KARYA

Hasil daripada pembacaan, pengulas telah meneliti Novel Leksikon Ledang mampamerkan pelbagai watak dan kehebatan gabungan dua penulis mewujudkan watak-watak ini sesuai dalam jalan ceritanya. Pengenalan dengan seorang saintis bernama Dr. Ching Huat yang mengkaji tentang padanan DNA nyamuk untuk mencapai objektifnya di sebuah makmal biokimia yang terkawal ketat di Johor. Majikannya bernama Datuk Isman inginkan padanan DNA yang tepat agar cita-citanya tercapai.
     
Penulis mewujudkan watak dalam permulaan konflik iaitu serangan nyamuk yang telah menyerang dua orang pembalak haram iaitu Hasan dan Jumat. Mereka berdua merupakan pekerja kepada Tauke Tong. Apabila seseorang telah diserang dengan Nyamuk ini, mereka akan menghidapi penyakit cacar yang membawa maut. Sengatan nyamuk ini boleh menyamakan dengan sengatan seekor kala jengking yang paling berbisa di dunia iaitu kala kengking bernama Deathstalker. Nyamuk ini wujud kerana aktiviti pembalakan haram yang telah dilakukan oleh Tauke Tong di Gunung Ledang. Aktiviti haram ini telah menyebabkan spesis nyamuk pada zaman dahulu dilepaskan daripada batu geliga yang tersembunyi di situ. Penemuan batu geliga ini telah membuatkan Tauke Tong merasakan batu ini sangat berharga lalu ia menjual batu geliga tersebut sehingga mendapat untung yang banyak. Permulaan konflik yang amat berkesan bagi pengulas kerana sangat jelas dan difahami.

Selepas itu, penulis mewujudkan watak utama iaitu Zack . Penulis cuba memperkenalkan watak ini apabila Zack mendapat tawaran bekerja sebagai saintis mikrobiologi di sebuah hospital terkemuka . Di situlah dia berkenalan dengan Dayang . Penulis sangat bijak mengatur jalan cerita apabila mereka akan menyelidik kes dan perlu membuat kajian di Kampung Relau Perdu . Di kampung ini, Zack diculik oleh orang bawahan Datuk Isman bertujuan untuk membantu Datuk Isman mencapai objektifnya. Zack mula mengenali Dayang yang bersubahat dengan Datuk Isman. Pada mulanya Zack enggan menerima tawaran itu, tetapi mengenang akan nasib orang tuanya di kampung, Zack terima dan terus membantu kajian itu.
Perumitan bermula apabila penulis mewujudkan watak Ainul sebagai seorang wartawan tabloid Warta Sensasi yang menghadapi pelbagai kesukaran dan halangan untuk menyiasat kes kehilangan tiga orang pegawai hospital yang menjalankan tugas di Kampung Relau Perdu. Penulis menunjukkan kesukaran Ainul untuk menjalankan tugasnya dengan halangan yang dihadapi oleh Ainul semasa ingin memasuki Kampung Relau Perdu untuk melakukan temubual. Ainul dihalang oleh pihak polis walaupun pelbagai alasan telah diberikan tetapi tidak berhasil. Seterusnya, Ainul telah berkunjung ke Hospital Besar Sultanah Aminah untuk mendapatkan maklumat namun pegawai yang bertugas di unit hematologi tersebut telah mengarahkannya untuk pulang kerana mereka tidak akan memberi sebarang maklumat mengenai kehilangan tiga orang pegawai mereka.
Penulis menunjukkan watak Zack ialah seorang yang bijak dalam bidang sains kerana dia semakin mahir dengan proses mengekodkan jujukan DNA setelah beberapa kali melakukan uji kaji. Penulis menujukkan kajian Zack bermula apabila Yazid menghantar sampel DNA ke makmalnya. Zack memasukkan kesemua tabung kaca itu ke dalam mesin Polymerase Chain Reactor (PCR) yang berperanan menghasilkan lebih banyak salinan DNA. Zack sudah menghafal kesemua prosedurnya. Pertama sekali, PCR akan memisahkan DNA dengan memanaskan pada suhu 95˚C. ini akan memecahkan ikatan hidrogen antara bebenang dan yang tinggal hanyalah dua lembaran DNA. Mesin itu akan menyejukkan campuran kepada suhu 50˚C dan membilasnya dengan nukleotid bebas adenine (A), guanine (G)  dan timina (T). Dengan bantuan enzim polimerase, molekul bebas ini akan berpasangan dengan nukleotid yang terputus, sperti melengkapi pecahan susun suai gambar yang belum siap. Hasilnya akan terbentuklah daua salinan DNA yang semppurna sperti yang terdapat pada lembaran asal. Pada peringkat itu, PCR akan mengulangi proses yang sama, dengan dua salinan DNA akan menjadi empat, lapan, 16, dan seterusnya. Mesin akan berfungsi secara automatik dan menyudahkan setiap kitaran dalam masa beberapa minit. Seterusnya, proses diteruskan sehingga hasil akhir diperoleh. Melalui huraian ini jelas menunjukkan bahawa Zack ialah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang sains.

          Penulis juga menyelitkan unsur sejarah untuk mengembangkan cerita dalam novel ini. Datuk Isman telah menceritakan kisah tentang penulisan daripada sebuah manuskrip mengenai Sultan Mansur Syah yang ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang. Dalam manuskrip itu juga, dikisahkan tentang satu wabak penyakit, suatu malapetaka yang menimpa penduduk Melaka. Bala yang kononnya turun bertimpa-timpa kerajaa sultan. Secara moralnya, mungkin kerana kezalimannya. Datuk Isman juga menjelaskan bahawa tujuan Sultan Melaka untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang adalah untuk mendapatkan satu penawar untuk sebarang penyakit.

          Seterusnya,penulis mewujudkan utama iaitu Zack dan Dayang.Penulis mengambarkan perasaan teruja Datuk Ismail iaitu angin beliau sangat baik apabila Zack dan Dayang berjaya mendapatkan kunci untuk gabungan DNA yang dikehendaki.Idea Dr.Ching Huat dengan Datuk Ismail berkongsi maklumat ternyata berkesan.Idea Dayang menggabungkan DNA pinang muda ternyata bijak manakala zack dalam menawarkan hujah bernas  sememangnya mengagumkan.Sudah lama Datuk Ismail memerhatikan Dayang dan Zack,dan beranggapan bahawa kedua-dua anak muda in dapat membantunya.Datuk Ismail mengakui bahawa Zack dan Dayang sememangnya berbakat .Masa hadapan mereka ternyata cerah jika mereka bekerjasama di bawahnya.Ternyata kepercayaan dan kesetian yang penuh rahsia.
Penulis mewujudkan watak Ramdan yang membisu tidak menjawap soalan Suhaili di telefon ini berkenaan putera raja yang diculik pada petang tadi.Kali ini pula,berita penculikan putera raja dari negeri di utra itu mengganggunya.Memang daripada maklumat pemantauan rakan sekerjanya,terdapat ikutan jejak beberapa konco Datuk Ismail yang memasuki Kuala Lumpur sejak semalam .Mereka sudah mengesan purata tinggi aktiviti masuk keluar beberapa kendraan di rumah agam Datuk Ismail sejak kelmarin,entah atas urusan apa.


Tambahan pula,ibu Zack masih bersimpuh di atas sejadah selepas solat subuh.Butir-butir tasbih sedang merangkak di tepi kain sembahyangnya.Dia teringatkan satu-satunya anak lelakinya.Risau mula menebar ke dalam dadanya.Kelibat anaknya masih tidak timbul-timbul,sedangkan zack sudah berjanji untuk pulang ke rumah dua hari yang lepas.Dia teringat untuk menghangatkan masakan dalca kesukaan anakny itu.Anak daranya pagi-pagi sudah keluar.Ada beberapa kerja yang diberikan oleh Mak Eton yang perlu diselesaikan oleh anaknya sebelum dia turun ke bendang.Zack memberi alam dan tiba-tiba ibunya terkejut serta menoleh kea rah zack.Ibunya Tanya bila dia sampai dan dia membalas pagi tadi.Zack,anaknya hanya senyum gembira.Ibu Zack jadi bingung.Ibu zack tanya zack mahu ke mana,dia dah masakkan dalca kesukaan zack.Zack membalas ‘Tak apalah mak . Zack gembira mak begini.Zack datang sekejap saja.Doakan Zack,mak.Restui Zack”.Ibunya memandang ke kanan dan ke kiri.Zack sirna.Dalam sekelip mata sahaja  lesap.Ibunya menoleh lagi ,Terkesima.Dia seperti terbangun dari mimpi.Tangan panas anaknya masih dapat dirasai .Namun entah mengapa,hatinya begitu damai,begitu tenang tiba-tiba. Ibunya lalu menadah tangan,menghadap kiblat dan melepaskan seruan kesyukuran dan harapan.


oleh  : sharifah munirah  Binti Syed Muhamad  s37071
         Nur Iezat Hakimi Bin Osman            s37058
         Muhammad Alif Bin Rohim               s42401
          Fildzuan Bin Jefry                   s41862

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 1

Kenapa Aku Keluar Palapes

PERJALANAN KERJA SEBAGAI ADMIN EXECUTIVE 2