ULASAN KARYA
Hasil daripada pembacaan, pengulas telah meneliti Novel Leksikon Ledang mampamerkan pelbagai watak dan kehebatan gabungan dua penulis mewujudkan watak-watak ini sesuai dalam jalan ceritanya. Pengenalan dengan seorang saintis bernama Dr. Ching Huat yang mengkaji tentang padanan DNA nyamuk untuk mencapai objektifnya di sebuah makmal biokimia yang terkawal ketat di Johor. Majikannya bernama Datuk Isman inginkan padanan DNA yang tepat agar cita-citanya tercapai. Penulis mewujudkan watak dalam permulaan konflik iaitu serangan nyamuk yang telah menyerang dua orang pembalak haram iaitu Hasan dan Jumat. Mereka berdua merupakan pekerja kepada Tauke Tong. Apabila seseorang telah diserang dengan Nyamuk ini, mereka akan menghidapi penyakit cacar yang membawa maut. Sengatan nyamuk ini boleh menyamakan dengan sengatan seekor kala jengking yang paling berbisa di dunia iaitu kala kengking bernama Deathstalker. Nyamuk ini wujud kerana aktiviti pembalakan haram yang te...